Kompleks Kraf Johor atau dikenali dengan panggilan KKJ merupakan destinasi persinggahan setempat pelancongan yang berkonsepkan seni ikonik dan budaya tempatan di selatan tanah air.
KKJ merupakan hub pemasaran utama bagi produk kraf tempatan dengan membawa pendekatan ‘Alami dan Rasai’ pengalaman estetika dan autentik melalui konsep perkongsian, penghayatan, dan pengalaman. KKJ bukan hanya semata-mata untuk dilawati, malah pengunjung berpeluang berpeluang memahami dan bermain alat muzik tradisional serta mempelajari pembuatan produk kraf serta menyertai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dianjurkan seperti kraf interaktif, bengkel pembuatan seni kraf, demonstrasi kraf, persembahan muzikal serta aktiviti khidmat iring berkumpulan. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
Leave a comment
You must be logged in to post a comment.